1. Siapakah
orang yang sombong?
Orang
yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada
yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali
jin dan manusia yang sombong diri.
2. Siapakah
orang yang telah mati hatinya?
Orang
yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat
Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam
jiwa untuk bertaubat.
3. Siapakah
orang dungu kepala otaknya?
Orang
yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi
menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan
sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
4. Siapakah
orang yang kuat?
Orang
yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam
kemarahan.
5. Siapakah
orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan
di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan
kemungkaran itu.
6. Siapakah
orang yang bakhil?
Orang
yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat
ke atas junjungan Rasulullah s. a. w.
7. Siapakah
orang yang buta?
Orang
yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al
Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
8. Siapakah
orang yang tuli?
Orang
yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun
tidak diendahkannya.
9. Siapakah
orang yang sibuk?
Orang
yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.
10. Siapakah
orang yang manis senyumannya?
Orang
yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia
kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.
11. Siapakah
orang yang menangis airmata mutiara?
Orang
yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu
mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir
airmatanya.
12. Siapakah
orang yang kaya?
Orang
yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
13. Siapakah
orang yang miskin?
Orang
yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
14. Siapakah
orang yang pandai?
Orang
yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia
ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
15. Siapakah
orang yang bodoh?
Orang
yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya
sedangkan akhiratnya diabaikan.
16. Siapakah
orang yang maju dalam hidupnya?
Orang
yang maju dalam hidupnya adalah orang- orang yang senantiasa mempertingkat ilmu
agamanya.
17. Siapakah
orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang
yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan
haramnya akan sesuatu perkara itu.
18. Siapakah
orang yang gila itu?
Orang
yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja
yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya
ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
19. Siapakah
orang yang rugi?
Orang
yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat
untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
20. Siapakah
orang yang selalu ditipu?
Orang
yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku
hanya pada orang tua.
21. Siapakah
orang yang paling cantik?
Orang
yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
22. Siapakah
orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang
yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
23. Siapakah
orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang
yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
24. Siapakah
orang yang mempunyai akal?
Orang
yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
No comments:
Post a Comment