✿Assalamualaikum✿
❤Tazkirah Jumaat JPNSabah❤
Alhamdulillah...akhirnya kita berada di hari yang penuh barakah dan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Pagi ini wakil-wakil bagi setiap unit di Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan berkumpul di bilik mesyuarat SAGA III. Tajuk tazkirahnya ialah "Pencemaran Hari-hari Kebesaran Islam" dan penceramah jemputannya pula ialah merupakan wakil dari Pejabat Mufti Negeri Sabah iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak, Ustaz Mohd. Jumat bin Abd Razak.
Banyak yang dikupaskan di dalam tazkirah pendek selama 1 jam ini. Antara yang dirumuskan oleh Ustaz Mohd. Jumat ialah:
- Isu Perkahwinan - Ibubapa seharusnya peka dengan bakal pasangan anak-anak mereka dengan membuat satu sesi temuduga. Contohnya, adakah dia itu solat? Rajinkah dia pergi masjid (bagi lelaki)? Hal ini kerana kita telah melihat jumlah perceraian semakin meningkat dari tahun ke tahun terutamanya orang Melayu. Apa sebabnya? Kerana solat mereka tidak terjaga. Perkahwinan itu ibarat membina sebuah masjid yang suci. Solat sebagai tiang agama menyempurnakan masjid tersebut. Apabila rosak tiang agama itu, maka masjid juga akan turut sama terjejas. Oleh itu, jagalah solat kita kerana ianya merupakan kunci dan kekuatan kepada perkahwinan bahagia hingga ke syurga.✿
- Cara Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam - Kita mempunyai banyak hari-hari kebesaran Islam. Antaranya ialah Israk Mikraj, Maalhijrah, Nuzul Quran, Ramadhan, Maulidur Rasul dan sebagainya. Masyarakat Islam kita menyambutnya dengan penuh keislaman di mana kita melaungkan takbir, asmaulhusna, selawat ke atas nabi, nasyid, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan banyak lagi. Tetapi berbeza dengan Sambutan Aidilfitri dan Aidiladha. Sudah menjadi 'uruf atau adat masyarakat di Malaysia merayakan hari-hari kebesaran mulia ini dengan acara nyanyian, tarian dan sebagainya. Tidak salah asalkan tidak melanggar garis panduan hiburan dalam Islam di mana tidak akan menimbulkan fitnah atau perkara yang tidak baik. Garis panduan ini boleh dirujuk melalui link ini Garis Panduan Hiburan Dalam Islam.✿
Banyak ilmu yang dapat diperoleh melalui tazkirah ini tetapi oleh kerana masa yang tidak cukup, tazkirah diberhentikan dan Insyaallah akan disambung pada masa akan datang. Apa yang diperkatakan ustaz itu adalah benar. Mencari seorang suami atau isteri yang soleh dan solehah bukan mudah. Kita diberi panduan dalam memilih pasangan dan apa yang paling penting adalah melihat kepada agamanya. Tidak perlu mencari ustaz, imam, pegawai agama, tahfiz kerana kita tahu itu bukan mudah. Carilah seorang bakal zauj atau zaujah yang baik akhlaknya dan menjaga solatnya. Insyaallah akan sentiasa dipermudahkan.
Hari-hari kebesaran Islam pula adalah satu keraian yang membawa kegembiraan, tanda kesyukuran, kemenangan, akan tetapi kita hendaklah diingatkan berhibur itu tidak salah. Yang penting sentiasa mendahulukan agama dan Allah.
❋Ingat! Islam itu mudah!❋
No comments:
Post a Comment