Pages

Thursday, September 6, 2012

❤ Kenapa Saya Pilih Acai Berry? ❤


❤ Assalamualaikum 


Sejak kebelakangan ini acai berry  semakin menjadi sebutan di media massa kini. Acai berry ini didatangkan melalui pelbagai produk sama ada melalui minuman jus dan kapsul. Sebelum mengulas lebih lanjut, tentu ada yang bertanya apa itu acai berry (buah acai) sebenarnya? Mungkin ada yang menyebutnya sebagai ‘a-chai-ber-ri’ (macam nama orang cina pula, ah chai), tetapi sebutan betulnya adalah ‘a-cai’ berry.

Rupanya kehitam-hitaman dan bentuknya seakan-akan buah anggur tetapi lebih kecil. Buah ini pada asalnya dikomersilkan untuk tujuan perisa, dan jika anda berkunjung ke US, terdapat beberapa produk minuman yang menggunakan ekstrak buah ini sebagai perisa pilihan. Buah ini merupakan buah yang biasa bagi penduduk benua Amerika Selatan terutamanya yang berhampiran dengan hutan Amazon seperti Brazil.



Buah Acai adalah buah nombor 1 dalam kategori 'Superfruit' . Hal ini terbukti apabila kajian menunjukkan ia kaya dengan lemak, protein, kalsium, asid amino, vitamin dan anthocyanin. Fleksibiliti dari Acai Berry ini membuatkan ia menjadi buah pilihan terkini.



  • Tinggi Tahap Antioksidan - Antioksidan yang terkandung dalam Acai berry adalah 10 kali ganda dari buah anggur dan dua kali ganda dari Blueberry. Antioksidan membantu mempercepatkan pembahagian sel, mengurangkan kedutan dan memelihara kulit.
  • Kaya Dengan Lemak Yang Sehat - Acai berry kaya dengan asid lemak esensial yang dapat membantu untuk mengawal kolesterol LDL yang tidak diperlukan dan menjaga HDL kolesterol yang diperlukan dalam tubuh kita.
  • Kaya Antioksidan - Antioksidan amat diperlukan sebagai sebatian untuk menetapkan kolesterol, akhirnya mampu membantu mencegah penyakit.
  • Sumber Terbaik untuk Asid Amino dan Protein - Para saintis telah menemui dan mengenalpasti bahawa ada lebih dari 19 jenis asid amino dalam diet Acai berry dan ia mempunyai lebih dari 8 gram protein per 100 gram produk.
  • Sumber Vitamin dan Mineral - Vitamin dan mineral yang telah dijumpai dalam buah Acai termasuk, vitamin A, B1, B2, B3, C, E, kalsium, kalium, magnesium, zink dan tembaga.
  • Sistem Pencernaan Lebih Sihat - Acai berry yang kaya dengan serat makanan dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan meningkatkan sistem pencernaan.
Dalam hal ini, saya juga seperti mereka yang lain turut mengambil acai berry sebagai salah satu cara untuk mengimbangi nutrien di dalam tubuh badan. Hal ini kerana saya merupakan seorang yang tak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika ada pun, saya agak memilih sedikit. Saya juga mengalami masalah penyakit kulit di bahagian kaki. Ibu sangat risau akan kesihatan saya pada masa akan datang. Jadi, ibu memperkenalkan produk minuman Hayat Acai Berry (HAB) sebagai alternatif makanan tambahan.

RM44 - 10 BOTOL 10 ml

Setelah mengambil 2 kotak minuman jus HAB ini, terdapat perubahan positif yang saya mula rasai. Alhamdulillah, saya rasa bertenaga, senang lawas bila nak buang air, tidur selesa, kurang rasa lapar dan kaki saya mula menunjukkan perubahan. Insyaallah, jika sentiasa mengamalkan, tubuh badan akan sentiasa sihat dan terpelihara.


"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu..."


Allah telah menciptakan pelbagai sumber yang memberi manfaat kepada manusia dan kita hendaklah mencarinya untuk kesejahteraan sejagat. Produk ini merupakan salah satu alternatif bagi keperluan tubuh badan kita. Jika anda berminat nak beli produk ini, sila hubungi kami di 019-8411809. :)


No comments:



Daisypath Friendship tickers