❤Assalamualaikum❤
Di perantauan, rakyat Malaysia sebenarnya dikagumi kerana sikap bertolak ansur, bantu membantu serta hubungan persaudaraan yang erat tanpa mengira bangsa dan agama. Bila sebut pasal Malaysia...pelancong asing akan kata "they are very friendly..nice..warm..kind hearted..lovely.." Jika kita lihat di luar negara..rakyat Malaysia mempunyai kelab atau persatuan khas bagi mengenali rakyat Malaysia yang tinggal di sana..mengadakan aktiviti bersama..menyambut bersama hari-hari perayaan semua kaum dan sebagainya...
Tetapi berbeza di Malaysia sendiri, kadang-kadang jiran sebelah pun kita tak kenal biar pun dah lama tinggal dalam satu taman perumahan..sikap tolak ansur langsung tidak wujud bila berada di jalan raya..bila ada kemalangan berlaku..orang hanya akan melihat dan tidak pula membantu..malah menunggu orang lain menghulur bantuan pula..suka jaga tepi kain..tidak menerima pendapat orang lain, pergaduhan yang tidak sudah dan tiada hala tuju dan sebagainya...
Begitulah hakikatnya..biar pun pahit namun kenyataan itu harus ditelan. Realitinya, rakyat Malaysia di perantauan lebih peramah, lebih menjaga hati masing-masing dan sentiasa bersama berkongsi suka duka mengharungi hidup di perantauan. Seharusnya semangat kenegaraan dan kesatuan yang lebih utuh perlu ada di Malaysia dan semua rakyat tidak kira bangsa berganding bahu memajukan negara. Alangkah bahagianya jika Malaysia begini kan..:)..Peace Malaysia!
No comments:
Post a Comment