Apa khabar semua? Harap semua sihat senantiasa. Hari ini nak cerita tentang konsep tanah perkuburan islam moden "pusara dalam taman". Bila sebut atau dengar tentang kubur, mesti kamu semua imagine tempat tu as a very scary, creepy, horror or something like that laa..
' |
Tanah perkuburan ni seram tak? huhuhu... |
Tapi sebenarnya tak seram pun... Jika kita lihat kembali..apa yang sebenarnya yang membuatkan tanah kubur ini adalah tempat yang menyeramkan? Mungkinkah sebab keadaan kubur-kubur yang tidak teratur? Atau sebab ada mereka-mereka ini yang suka mengganggu tanah kubur dengan memuja demi mendapatkan nombor ekor untuk keuntungan sendiri sampai keluar laa segala H_N_U ni atau memang da nama kubur...confirm seram ek? Ikutkan memang seram sebab pengaruh program di televisyen kan. Tapi semua tu berubah selepas zah dengar tentang "pusara dalam taman".
Sebenarnya, konsep ini zah dengar kat radio Klasik Nasional. Bapa izzah suka dengar stesen radio ni setiap masa..So nak dijadikan cerita.. Sebagai permulaan, konsep ni telah dilaksanakan di tanah perkuburan Islam moden Raudhatul Sakinah atau jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu "Taman Ketenangan" di Mukim Batu berdekatan dengan Gombak yang telah dimulakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak tahun 2008 lagi. Lepas tu..siap ada e-Pusara iaitu sistem pengurusan untuk menguruskan jenazah. Di sini, rekod setiap jenazah dapat disimpan dan jika ada waris ingin melawat kubur, mereka boleh merujuk pada rekod yang telah disimpan di dalam e-Pusara. Mudah kan..:)..
Konsep "pusara dalam taman" dan sistem e-Pusara ni memang idea yang sangat bernas dan sepatutnya kita dah perlu laksanakan sejak awal lagi. Seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, konsep ini sepatutnya diperluaskan ke seluruh negeri-negeri di Malaysia. Dengan adanya konsep ini, kita dapat mengubah pandangan negatif masyarakat mengenai tanah perkuburan Islam di Malaysia. Ya lah..dengan suasana kubur yang ala-ala taman..pokok-pokok bunga yang cantik..susunan kubur yang teratur..kemudahan insfrastruktur...laluan pejalan kaki.. Memang tenang..siapa tak suka kan.:).. Apa pun.. Moga tanah perkuburan Islam dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.. Amiiiiin...

Macam ini la cantik..:)..Sekadar contoh yaa.. |
Memorial War II, W.P. Labuan |
No comments:
Post a Comment