Pages

Wednesday, March 6, 2013

Salam Satu Petang~

Assalamualaikum...

Hari ini petang agak sunyi. Mungkin sebab ramai lagi yang belum balik dari kerja kan. Aku pula sedang menyibukkan diri membuat sesuatu. Nak tahu apa? (^_^)

Tiada yang menarik sebenarnya. Aku sekarang sedang menyibukkan diri dalam dunia penulisan. Sebenarnya aku sudah lama minat bidang penulisan tapi aku malas. Hehe... Aku kembali pun sebab rakan aku yang galakkan aku. Nama dia Rozana. Dia yang galakkan aku untuk menulis.

Nak dijadikan cerita sekarang, aku memang tengah menulis pun a.k.a menaip. Tema aku lebih bersifat Islamik. Maksudnya aku suka untuk selitkan cerita-cerita Nabi, ayat-ayat AlQuran dan hadis-hadis supaya pembaca bukan sahaja dapat menikmati penulisan tapi sekaligus dapat ilmu daripada apa yang aku cuba sampaikan. Kiranya salah satu cara untuk aku berdakwah. Kita semua kan pendakwah atau dai'e. Pelbagai cara boleh dilakukan dan aku pilih menggunakan teknologi. :)

Tapi sekarang aku keliru. Aku buat cerpen atau novel ini? Macam panjang pula tapi aku teruskan juga. Jika sudah siap, pandailah aku edit nanti. Hehe... Aku tiada idea sebenarnya nak sambung apa. Jadi aku merapu sekejap di sini sambil minum secawan milo panas+susu kambing hi-goat.

Okay. Sampai di sini sahaja. Moga kamu semua menikmati petang yang indah ini. Jangan lupa doakan saudara kita di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Kunak. Moga Allah memelihara keamanan di Sabah ini. Amiiiin.... Assalamualaikum. :)

Jom Sign Petition for Sabah!


Sabah has been our homeland for long time ago since Sabah has agreed to join Malaysia. Its our homeland and they have no right to claim it back. There is no harm sign in this petition. Show your support. :)

Tuesday, March 5, 2013

♥ Kisah Tidak Bernama♥


Berkata Raniah, "Kau tahu Asyar? Aku nak jadi macam Siti Khadijah, isteri Rasulullah s.a.w." 
Asyar berkata dengan nada bergurau,
"Kenapa Raniah? Kau dah nak kahwin kah? Hahaha..."
Raniah membetulkan tudungnya lalu berkata,
"Taklah. Cuma aku nak ikut macam Siti Khadijah. Nak contohi dia. Beliau 'berani' melamar Rasulullah s.aw. Beliau tidak rasa rendah diri pun hanya kerana jarak usianya yang jauh dengan Rasulullah. Beliau berani menyampaikan hasratnya. Macam itulah semangat yang aku suka."
Asyar terpegun dengan apa yang Naflah Raniah baru katakan lalu bertanya,
"Bertuah orang yang dapat kau Raniah. Siapalah itu ya?"
Raniah membalas,
"Adalah. Kau mesti terkejut kalau aku beritahu kau siapa orangnya"
Asyar terus mendesak Raniah memberitahu siapa yang dia maksudkan,
"Siapa? Siapa? Beritahulah. Kawan baik sendiri pun tak nak kongsikah?"
Raniah membalas dengan selamba lalu tersenyum, "Namanya Asyar Falah."

-akan bersambung-

Manfaat Laman Sosial Sebar Dakwah, Bukan Aibkan Orang

Setiap Muslim yang beriman akan sentiasa menjaga akhlak dalam setiap tingkah laku tidak kira masa atau di mana mereka berada, termasuk ketika bersosial secara maya di laman sosial yang kini menjadi kegilaan masyarakat sejagat kerana kemampuan berinteraksi yang tidak terbatas.

Keadaan dunia tanpa sempadan ini ada kala menyebabkan masyarakat leka dan menolak ajaran agama yang menekankan akhlak mulia dalam perhubungan sesama manusia. Ledakan laman sosial menyumbang banyak peristiwa positif mahupun negatif.


Setiap perkara baik tidak menjadi masalah, perkara negatif ditimbulkan mewujudkan pelbagai permasalahan akhirnya merosakkan diri sendiri. Justeru, pengawalan akhlak yang sempurna tidak kira di mana saja berada perlu diambil kira.

Sedar atau tidak, penyalahgunaan laman sosial contohnya di facebook dan twitter boleh mengundang perkara negatif seperti pertelingkahan dan pergaduhan kerana sesetengah pengguna tidak berakhlak tanpa rasa bersalah sanggup menjatuhkan air muka orang lain, memfitnah, memuatkan pernyataan berbentuk hasutan atau provokasi.

Memang tidak dinafikan ada sesetengah pengguna tidak memandang serius perkara ini. Walaupun ia nampak ringan dan dianggap 'gurauan', tetapi ia mampu memberi impak lebih besar selain mengundang kemurkaan Allah SWT.

Beretika dan tidak melebihkan emosi ketika melayari laman sosial mampu mengelak perkara tidak baik. Teknologi canggih ini sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk tujuan murni seperti berdakwah, menyebarkan maklumat serta mengeratkan silaturahim.

Nafsu tidak dapat dikawal ketika perasaan marah dan tertekan. Bertenang dan berfikir secara mendalam sebelum melakukan sesuatu perkara dapat mengawal keadaan. Perasaan menyesal biasanya akan hadir selepas perasaan marah reda.

Pepatah Melayu, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.' Oleh itu, hormati hak dan peribadi orang lain. Rahsia yang diamanahkan jangan dijadikan isu untuk menarik perhatian kerana ia boleh mencetuskan kekecewaan serta memutuskan ikatan silaturahim.

Laman sosial boleh menjadi medium dakwah yang luas apabila digunakan secara tertib dan betul. Untuk berdakwah, peribadi dan akhlak ditunjukkan pemilik akaun akan dihitung terlebih dulu. Justeru, pemilik akaun perlu mengindahkan penulisan untuk menarik minat rakan maya ke arah kebaikan.

Walaupun hanya sepotong hadis ia mampu disampaikan dan dilihat ramai pelayar di laman sosial berbanding kuliah atau ceramah di dewan walaupun menempatkan beratus orang. Penyebaran dakwah secara cacian dan kutukan untuk menunjukkan kepandaian atau kealiman dalam sesuatu perkara boleh menjauhkan sesama sendiri. Bukankah agama Islam lebih menginginkan keharmonian dan kedamaian dalam menyebarkan Islam?

Sebarang maklumat yang disebarkan perlu diketahui hukum dan sumbernya yang sahih. Jika hadis atau petikan dari kitab, perlu yang bersanad, asli dan sahih sumbernya. Ini untuk mengelak kekeliruan orang awam jika membuat penafsiran sendiri.

Mudah percaya dan mendedahkan rahsia diri kepada rakan maya, terutama yang tidak dikenali boleh mengundang padah dan bahaya. Menyerahkan maklumat diri seperti gambar, alamat tempat tinggal, pekerjaan akan mengundang mudarat. Banyak kes sumbang terjadi berpunca daripada penyalahgunaan maklumat maka berhati-hatilah dan pandai-pandailah membawa diri di alam maya.

Kesimpulannya, semua bergantung kepada kesedaran diri sama ada ingin melayari laman sosial dengan akhlak baik atau mengikut nafsu dan emosi semata-mata. Ingatlah Allah Maha Tahu apa yang diperbuat hamba-Nya.

Sumber : www.iluvislam.com

Rindu Seorang Sahabat


Zaman dulu,
Bila sudah tamat belajar,
Susah nak bertemu,
Susah nak bersemuka,
Kadang-kadang 5-10 tahun baru dapat berjumpa,
Hanya untuk berkongsi cerita,
Suka duka hidup mereka.

Zaman sekarang,
Kekadang tak perlu bertentang mata,
Bertegur sapa, senyum gelak ketawa,
Cukup dengan melewati alam maya,
Aku sedar,
Kehidupan sahabat-sahabatku sudah begitu banyak yang berubah.

Moga di mana sahaja mereka semua berada,
Ku pohon kepada Mu Ya Allah,
Semoga segala kebahagiaan dunia akhirat mengiringi perjalanan kehidupan mereka.
Amiiiin...:)

p/s: Semoga dapat berkumpul seperti dulu. (^_^)...

-nukilan: norizzadania-

Cinta Hakiki

Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan mati.
Cintakan teknlogi, teknologi akan basi.
Cintakan Allah, Allah kekal abadi.

-manfaatkan teknologi yang ada agar diri lebih dekat dengan Allah dan bukannya semakin jauh daripada-Nya-

Aku Malu Ya Allah!


Sejujurnya,
Sebenarnya kamu sedar,
Dan sebenarnya kamu tahu,
Allah tidak pernah meninggalkan kita walau satu saat pun,
Allah sentiasa bersamamu tanpa kamu pinta.

Kita pula,
Sebagai manusia,
Masih malu untuk mengatakan,
Masih malu untuk menyedari dan mengakui,
Kitalah yang sentiasa meninggalkan Allah,
Kitalah yang sentiasa menjauhkan diri,
Kitalah yang sentiasa melupakan Allah,
Dalam apa jua hal dan urusan di dunia.

Kebenaran itu pahit bukan?
Tapi itulah realiti dan hakikat umat akhir zaman,
Lemas dengan arus kemodenan,
Menyasar jauh dari sebenar hala tujuan.
Bangkitlah umat Islam.

Jangan kau pernah lupa akan siapa Tuhanmu,
Jangan kau pernah lupa menyebut nama Tuhanmu,
Biar kering bibirmu melafazkan zikrullah,
Tapi jangan pernah kering bibirmu kerana hal dunia yang tak pernah sudah.

-norizzadania-


Daisypath Friendship tickers