Pages

Saturday, February 23, 2013

We All Fall Short Sometime

-note to me & all of us-

Siapa tak pernah jadi jahat? We all fall short sometime dan kalau nak cakap tentang baik. What is your definition for that? Post pasal islamik kat FB tapi tak solat, tak baik jugak. Jaga solat tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tak baik jugak. Pakai tudung tapi tak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tak baik jugak. Bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tak tutup aurat, pun tak baik jugak. Siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni? Tiada sesiapa dan definisi baik itu was only mean by one thing; beriman kepada Allah. Patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya.

Yeah, none of us adalah manusia yang tak berdosa. Tapi itu tak bermakna kita tak boleh buat baik, tak bermakna kita kena terus buat jahat, tak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik atau kutuk orang yang jahat sekalipun. No. We can’t do that. Kalau tak boleh cakap benda baik, lebih baik diam. Kalau tak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, tolong jangan tarik orang supaya buat benda jahat.

Ya. We all fall short sometime. Tapi tak bermaksud kita selamanya berdosa. Rahmat Allah itu luas. Carilah jalan pulang, balik pada Quran dan Sunnah. Jaga solat. Jaga hati. Jaga hubungan dengan Tuhan. Niat yang baik-baik untuk diri sendiri. Doakan kebaikan orang. Jangan prasangka. Saya pun bukan baik sangat tapi tak salah kan nak berubah? :) Every second is the chance to change. Don’t waste it people. Be good to Allah. In shaa Allah, DIA akan baikkan kita.

Thursday, February 21, 2013

Simptom Toksin Berlebihan Dalam Badan

KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam. Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan. Jom kenali apa itu toksin.

APAKAH ITU TOKSIN?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.


Simptom-simptom toksin berlebihan ialah:
-Sering keletihan
-Kurang bertenaga
-Sakit kepala
-Mulut berbau
-Bau badan
-Insomnia (masalah tidur)
-Mata gelap
-Mata merah
-Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
-Rasa cemas
-Alahan
-Masalah sinus,
-Sistem imun yang lemah
-Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
-Masalah sendi - lenguh lenguh badan
-Masalah kulit – jerawat, eczema
-Selulit, Kenaikan berat badan, tanda-tanda penuaan awal.


Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer. Tanda tanda lain seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 


Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.

Punca- punca toksin apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras, pemakanan yang tidak seimbang.

Toksin mempengaruhi emosi:

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga.

Individu akan :

-Individu yang kerap marah-marah
emosional
-Sering tidak tenang, tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut sekiranya  lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi sepatutnya.

Wednesday, February 20, 2013

Senja...

Lupakan pagi..tengahari..petang..
Kerana senja sudah mula menyingkap tirainya..
Mempamerkan garisan jingga kemerahannya..
Mengingatkan kita tentang kehadiran purnama..
Mengingatkan kita akan kerdipan bintang..

Lalu,

Biarkan malam itu bangun..
Menghamparkan sejadah di kala sunyi.Membasahkan lidah membisik zikrullah..
Kerana kita tidak pernah lelah mengenal cinta berkalimah Ar-Rahman & Ar-Rahim..

-zazadania-
#dawn #orange #maghrib #prayer #solat #doa #zikir #

Monday, February 18, 2013

Selamat Pagi Dunia

Minit-minit awal sebaik sahaja bangun tidur sangat kritikal bagi menentukan kejayaan pada hari ini.

Mulakan hari ini dengan membuat amal-amal soleh walaupun sekadar pergi ke tempat kerja, sekolah atau melakukan kerja-kerja rumah dengan niat kerana Allah. Boleh juga dilakukan dengan memberi salam, senyum dan menyapa mesra kepada mereka yang kita temui.

Lakukan setiap pagi dan seterusnya. In shaa Allah... Akan berjalan lancar semuanya. Pahala pun kita dapat. Ada juga saham akhirat kita. Moga diterima segala amalan kita oleh Allah. Amiiin...

Sunday, February 17, 2013

♥ If I Ever Have A Daughter ♥

-Sayangku Damia-

If I Ever Have A Daughter.....


  • I will let her know how beautiful she is...
  • They will be no scales in the house...
  • The word "diet" & "fat" will be like a swear words...
  • I don't want her to have a feeling like I do...
  • I will make sure she grow well with Islamic Education...
  • I will makes sure she cover her aurat perfectly...

♥Kenapa Saya Suka Pakai Baju Labuh@Besar?♥


Teringat ada kenalan-kenalan melalui laman sosial dan kenalan sekeliling pernah bertanya: “Tak panaskah pakai baju besar? Besar betul bajumu tu! Nanti dibilang kau gemuk? Susah nak bergaya kalau dah pakai baju muslimah ni. Takda style lain kah?”. Lebih kurang macam itu lah. Baju labuh atau baju besar ini macam baju ala-ala muslimah. Contoh gambar macam dekat bawah ini.


Untuk semua soalan-soalan di atas, ini jawapanku. Moga bermanfaat bagi wanita muslimah di luar sana. :)


1. Suka beli baju saiz L atau XL. Aku akui berat badan aku sudah naik (sengih2) tapi itu bukan sebab nak tutup kekurangan itu. Pakai baju labuh atau besar selesa sebab tak Nampak bentuk badan. Lelaki pun tak lah tengok kita ja kan. “Yang tertutup itu kan indah”.

2. Bila pakai baju labuh, rasa selamat dan lebih berkeyakinan bila nak gerak atau jalan-jalan pergi mana-mana pun bila pakaian kita menutup hampir seluruh badan kita. Aku tak suka pakai baju aras atas punggung. Rasa tak selesa orang sekeliling Nampak punggung kita bergerak-gerak bila berjalan. Huhu!

3. Bila pakai baju labuh ni… Terasa lebih muslimah dan feminin pula sebab luarannya ayah aku kata aku ni nampak “ganas” sedikit (kata ayah laa). Jadi bila pakai baju macam ni… Terserlah keperempuanan dalam diri.

4. Bila pakai baju labuh, secara automatik kita akan ambil berat bahagian aurat yang lain seperti lengan, kaki dan tudung untuk disesuaikan dengan baju labuh itu. Takkan nak pakai baju labuh dengan tudung singkat tapi nampak dada kan? Takkan lah nak pakai baju labuh tapi lengan baju nampak pula tangan kan? Sangat tak sesuai ok! Bukan Muslimah Style tu… Jadi bila bahagian-bahagian itu dah terjaga dan tertutup, secara tak langsung aurat kita terpelihara. Alhamdulillah…

Semak sama ada anda sudah buat semuanya.. :)


5. In case, terjadi adegan atau babak kemalangan seluar terkoyak atau seluar terketat dan yang semasa dengannya... Aku tak perlu risau orang ternampak atau tak sebab baju labuh dah tolong cover untuk aku. Selamat…

5. Bila pakai baju labuh, secara automatic kelakuan kita yang agak gila-gila dan tak senonoh ni dapatlah dikawal. Hehe… Bab ini aku masih lagi dalam proses untuk mengawalnya. Bila dah jumpa kawan-kawan, mulalah keluar segala tanduk…

6. Bagi yang kata pakai baju labuh susah nak buat itu… nak buat ini… Anda silap sekali lagi! Pakai baju labuh tidak sama sekali buat diri ini rasa terkongkong. Nak terkinja-kinja, lompat, tendang sana sini tiada masalah. Tapi janganlah “over” depan khalayak ramai. Dengan keluarga-keluarga boleh lah… hehe…

7. Bila pakai baju labuh, kita dapat jadikan sebagai usaha kita sebagai kempen menutup aurat dan cintai Islam. Tunjukkan yang tutup aurat pun boleh bergerak bebas dan tidak mengongkong kamu-kamu semua. 

8. Jika rasa baju labuh takda style…. Anda silap tau! Sekarang berlambak design baju muslimah kat pasaran. Sangat best! Di butik-butik dan online pun banyak. Kamu boleh pilih macam-macam. Jadi bila wanita di luar sana nampak, secara automatiknya mereka boleh tertarik untuk pakai baju labuh ini. Dapat juga saham akhirat kan…

Bersama sahabat Mardhiawaty Malik...


Semua jawapan di atas itu adalah pandangan daripada diri saya yang masih belajar lagi. Apa yang paling penting, berusaha menunaikan tuntutan agama Islam sebaik mungkin iaitu menutup aurat kerana "yang tertutup itu indah". Semoga Allah menerima amalan kita semua. Amiiiin... Assalamualaikum....

Saturday, February 16, 2013

Adik-beradik Ukhwah Fillah

Biar adakalanya dia buat kau kecewa,
Biar adakalanya dia buat kau gundah,
Tetapi tak mengapa kerana dialah juga,
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda...

Kita bersaudara kerana selalu mengalah,
Tak guna marah marah nanti berbaik juga,
Kita bersaudara tak guna gaduh gaduh,
Kerana air dicincang tidak akan putus.

Uhibbu Adik-adikku...:-)

Wednesday, February 13, 2013

Kata "Tidak" Untuk Valentine's Day!




Menyambut Valentine's Day atau Hari Kekasih adalah terang dan jelas ianya HARAM dalam Islam.

Allah telah berfirman yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
-Surah Al-Isra':32-

Mafhumnya Allah tidak mengharamkan zina itu semata-mata tapi mengharamkan semua perkara yang boleh membawa kepada zina di mana jatuhnya hukum HARAM. Jelasnya, sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini menyebabkan banyaknya terjadi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bertentangan dengan syarak demi untuk menzahirkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Jika ini berlaku, pastinya syaitan bersorak kerana berjaya memujuk hati pasangan kekasih yang dilamun cinta.

Rasulullah bersabda:


"Barang siapa meniru sesuatu (perlakuan) umat, mereka tergolong di kalangan mereka"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Satu lagi hadis berbunyi:



Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak langkah mereka sebelum kamu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta. Sehingga kalau mereka memasuki lubang biawak kamu akan ikut sama." Kata kami (sahabat): "Wahai Rasulullah! Mereka adakah Yahudi dan Nasrani?" Sabdanya: "Siapa lagi?"

(Riwayat Syaikhan. 40 hadith pilihan - siri kedua oleh Mohd. Yusof Abas. Cetakan kedua 1980. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.)


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 juga telah memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.



Di dalam hadis-hadis di atas dan fatwa yang dikeluarkan jelas suatu peringatan dari Nabi SAW serta larangan baginda supaya kita tidak mengikuti atau meniru sesuatu perlakuan umat atau kaum lain. Saya pasti anda semua bersetuju bahawa Valentine's Day ini sememangnya bukanlah suatu hari istimewa yang dianjurkan oleh Islam. Malahan dengan jelas juga sambutan sebegini datangnya dari pengaruh barat.

Oleh itu, sedarlah wahai Umat Islam... Agama Islam bukanlah agama yang rigid atau ekstreme tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik Umat Islam sebagai Umat Contoh. Amiiiin......













Jalan Lurus

Tuesday, February 12, 2013

Manusia~


Selalunya kan...
Kita selalu menganggap orang lain lebih beruntung...

Namun jarang disedari...
Adakalanya orang lain pula...
Turut melihat kita lebih beruntung...
Turut melihat kita lebih bertuah...

Normal atau Fitrahnya...
Manusia...
Kerana saat itu ada yang berkata...

"Kau lebih beruntung"

Dan kita pula masih tetap kehilangan kata...
Memperjelaskan hakikat sebenar...
Tetaplah tersenyum dan berkata...

"In shaa Allah... Amiiin... Mudah-mudahan..."
"Alhamdulillah... Syukur atas nikmat dan kurniaannya..."

Peliharalah Kebersihan Masjid Kita~


Assalamualaikum... 

Ditujukan kepada para ibu yang mempunyai anak kecil atau bayi. Mohon minta maaf jika terasa.



Kepada para ibu yang mempunyai anak kecil dan bayi yang masih memakai lampin pakai buang atau pampers... Jika ibu-ibu singgah di mana-mana masjid sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu sehingga Tawau misalnya... Mohon sangat-sangat jaga kebersihan masjid. Realitinya ada beberapa masjid menjadi mangsa pembuangan lampin pakai buang secara merata-rata bukan sahaja di dalam tandas (ditemui dalam mangkuk tandas dan tangki flush tandas juga) malah ada ditemui berdekatan tempat berwudhu'.

Bau busuk mengganggu mereka yang datang singgah untuk bersolat atau ke tandas. Sebagai seorang Muslim, kita semua tahu kan kebersihan itu sangat dituntut. So, next time jangan buat lagi yaa.. Apabila semua mengambil inisiatif menjaga kebersihan tandas di masjid, kita tidak akan berdepan dengan masalah tandas berbau yang menjadi rungutan semua.

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mengeluarkan kekotoran dari masjid, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Masjid yang bersih boleh mendatangkan khusyuk kepada mereka yang beribadat di dalamnya. Keadaan itu juga menjadi bukti kesungguhan umat Islam mengamalkan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan. Maka, peliharalah kebersihan dan kesucian masjid kita. :)

Sunday, February 10, 2013

Jadilah Diri Sendiri

Ada ketikanya dalam hidupmu, kamu akan rasa penat untuk cuba memenuhi kehendak orang lain, cuba untuk memuaskan hati orang lain, cuba untuk menjadi orang lain.

Bila ianya terjadi, pada masa itulah anda mula matang dan cuba menjadi diri sendiri. Kerana anda sedar anda tidak boleh menjadi orang lain tetapi menjadi diri sendiri. Sayangi & hargai diri anda.:-D

Saturday, February 9, 2013

Banyakkan bersedekah~


A: Kenapa beri duit kepada orang minta sedekah tu?
B: Sebab dia minta sedekahlah. Kesian dia, sakit.
A: Ish! Tipu semua tu. Sihat wal-afiat je aku tengok.
B: Urusan aku dengan Allah dah selesai dalam bab ini. Allah tanya aku, kemana duit dibelanjakan? Aku boleh jawab, aku bagi sedekah. Kalau dia tipu, itu urusan dia dengan Allah [senyum].
A: Erk. Betul betul betul.

Moral: Tangan di atas lebih mulia dari tangan di bawah. Banyakkan bersedekah, jangan suka berkira. Ia bermanfaat di dunia dan akhirat.


-via someone unknown

Friday, February 8, 2013

Jangan Terus Menunggu!


Adakah anda pernah mengharapkan ‘bakal imam’ anda yang akan guide anda untuk jadi solehah?
Jika itulah harapan anda, maka anda telah tersilap langkah. Istighfarlah.
Jangan harapkan sesiapa sebab belum tentu yang datang itu soleh dan boleh diharapkan. Lupakah yang Al-Quran dan Sunnah telah diberikan sebagai panduan cukup lengkap dan untuk guide ke arah lebih beriman?
Kenapa nak tunggu seseorang guide sedangkan al-Quran dan Hadis telah lama menunggu untuk dijadikan panduan hidup anda?
-via fb

Bila Hujan...

Assalamualaikum Penghulu Segala Hari...:-)

Waktu Syuruk...
Salam Jumaat semua...
Semoga Allah memberkati & memberi rahmat kepada semua... Amiiin...

Thursday, February 7, 2013

Cara Mandi Wajib Dengan Betul: Sila Alert!

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wednesday, February 6, 2013

Maksimakan Kuasa Doa Anda!

“Kita merancang, Allah tentukan. Jika kita rancang impian yang setinggi bangunan KLCC tapi langsung tak berdoa. Peratus nak termakbul adalah kosong.”

Hujan....:-)

Hujan itu rahmat Allah... Penyuntik ketenangan kepada jiwa yang sedang gundah-gulana...

Date with a Feminist~


Jika "dating" itu halal...
Saya akan "date" seorang feminist...
Saya tak perlu buka pintu untuk dia...
Sebab saya tahu dia berkemampuan...
Dan dia juga mahu dilayan seperti lelaki lain...
Saya tak perlu bayar jika keluar makan...
Sebab saya tahu dia akan menolak dan mahu membayar sendiri...
Kesimpulannya, saya tak perlu jadi "gentleman"...
Sebab feminist sebenarnya mahu dilayan seperti bros. Brother... :)

-Jangan salah faham... Sekadar pemikiran di luar kotak minda yang tidak sengaja-

Tuesday, February 5, 2013

Suka vs Cinta=Sekuntum Bunga

“Apa beza antara suka dan cinta?” Si gadis bertanya.

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu menjawab : “macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”

“Terangkan?” Si gadis musykil.

“Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…”

Sunyi Itu Kedamaian Buat Hati...

"

Kadang-kadang kita rasa sunyi tu bukan bermakna hati kita sunyi dari Allah, jauh dengan Allah.

Tidak.

Sebab kita manusia biasa. Hati rasa sunyi adalah fitrah semulajadi kita.

Hati manusia mana yang tak pernah rasa sunyi?

Langsung tiada kaitan hati rasa sunyi dengan hilang kebergantungan pada Allah atau menunjukkan kita sudah lupakan Allah.

Sunyi itu kadang-kadang damai. Bukan seluruhnya bahagian kesunyian adalah meresah atau memudaratkan.


 —   Syabab Musafir Kasih

Monday, February 4, 2013

Hanya PadaMu Ya Allah....

Aku sepatutnya rasa malu kerana terkadang aku terlupa mengingatiMu dalam tiap pekerjaanku di dunia sedangkan di kala aku menghadapmu, hal-hal dunia sering saja terbawa bersama dalam ingatanku... Hingga waktu itu hanya kiraan rakaat semata-mata. Ajarkan hati ini agar ingatanku selalu terarah padaMu ya Allah mendahului dan meletakkanmu di tempat tertinggi dalam hati sehingga sujud ini hanya bicara antara aku dan Tuhanku...
-Jom Isya'-

Take Care Your Attitude!

You can be the most religious, most knowledgeable person but if your attitude and behavior towards others is bad, then your knowledge hasn’t benefited you!

♥ Mencari ilham di langit biru ♥


Alhamdulillah...

Setiap pagi mesti bersin… Kadang-kadang lemah badan dibuatnya. Tapi Allah nak kita sentiasa ingat kat DIA. Oleh itu, ucapkanlah Alhamdulillah selalu kerana diberi peluang diri ini untuk masih bernafas & terus beramal ibadah untuk bekalan di Akhirat nanti.:-)

Sunday, February 3, 2013

Hati... Jangan Lemah!

Assalamualaikum...

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi.

Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Yakinlah!

Kadangkala perasaan cemburu itu timbul tatkala melihat post sahabat-sahabat di laman sosial yang sudah punya kerjaya. Dan aku pula masih menghamburkan resume ku ke semua tempat demi mendapat kerja. Namun, aku percaya Allah itu telah menentukan takdir & jalan hidupku yang lebih baik cuma masanya belum tiba. Ya Allah, jauhkanlah hati ini dari penyakit yang melemahkan hati. Semoga apa yang ku hajati termakbul. Amiiin....

DIA Di Hati Kita

Dan mengingati orang yang kita cintai itu sering saja terikat dengan ketidakpastian.
Dan mengingati orang yang mencintai kita sering saja lahir dengan kenangan.
Dan sungguh luar biasa,
Bila Tuhan mencintaimu,
Dia sering saja muncul di ingatan.
Bersama harapan.
Mengukir senyuman.
Dengan jaminan.
Bahwa DIA selalu ada.
Tiap masa dan ketika.

=) Alhamdulillah.

Friday, February 1, 2013

CINTA ALLAH TERHADAP HAMBANYA. ♥

~Ketika kita mengeluh : “eee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab :
“ …dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9).

~Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, tak sanggup aku … ”.

اَللّه menjawab :
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

~Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab :
“ Hanya dengan mengingatiKU hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

~Ketika kita mengeluh : “ apa aku buat ni semua sia-sia … ”.

اَللّهُ menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

~Ketika kita mengeluh : “ tak ada sorang pun nak tolong aku … ”.

اَللّهُ menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

~Ketika kita mengeluh : “ aku sedih sangat…:'( ”.

اَللّهُ menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita ” (QS 9 : 40).