Pages

Saturday, October 23, 2010

Ayah...Mama...Ibu...Bapa...Abah...Umie...

Dedicate to: Dahlan bin Mohd. Yasin & Emelia@Norziah binti Sindan 

Ayah...Mama...
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja


Ayah...Mama...
ketika aku mengalah
engkau semangatku
ketika aku sakit
engkau penawarku
ketika aku bersedih...
kau air mataku..
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu


Ayah...Mama....
kini baru aku sedari,
sesungguhnya besar pengorbanan mu
aku yang kurang perhatian terhadap mu
aku yang seakan lupa mencurahkan perhatian terhadap mu
sedangkan masa meniti alam remaja engkaulah sahabat ku
aku sayangkan Ayah..Mama, bapa..emak, abah..umie.

Duhai Hati, kuatkan semangat yaaa...


CINTA Ibu Bapa...Satu ayat yang sangat Indah untuk di amati. Melalui ibu bapalah kita hadir di dunia ini. Melalui ibu bapa lah kita dimanja dan disayangi. Kerana Ibu bapa kita mendapat didikan ilmu dunia dan akhirat. Daripada Ibu bapa kita mendapat pekerjaan yang elok. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan daku ibu bapa yang penyayang. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua. Tidak terbalas walau sebentang lautan yang luas.

Duhai Sahabat, bersyukurlah dengan Ibu Bapa kita. Cintailah mereka kerana dengan mereka kita mendapat menghirup udara di dunia ini. Sayangilah mereka kerana kasih sayang ALLAH terletak pada kasih sayang mereka. Betapa besarnya makna ibu bapa kepada mereka yang memahami. Fahamilah kegembiraan, kesedihan, diri mereka.

Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBU BAPA manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan IBU BAPA.

Letaklah perasaan CINTA dan RINDU kita kepada ibu bapa kerana sesungguhnya kerana merekalah kita ada. ALLAH juga telah perintahkan kita peliharalah diri kita untuk ibu bapa. Martabat mereka juga terletak pada martabat kita. Janganlah kita meletak perasaan CINTA kita kepada insan lain sebelum kita benar-benar CINTA kan ibu bapa kita. Itulah CINTA pertama kita di dunia kita selepas CINTA utama kita iaitu kepada ALLAH dan RASULULLAH Sallahualaihiwassalam.

Segala puji kepada ALLAH dan selawat kepada RASULULLAH kerana mengajar dan mengingatkan kita tentang kasih sayang ibu bapa. Telah dinyatakan bahawa keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Hendaklah kita selalu mengingatinya. Janganlah kita melukakan hati mereka. Hati mereka perlu dijaga dan dibelai. Apabila kita telah dewasa peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara kita. Berilah kasih sayang kepada mereka dan janganlah diabaikan dan menjadikan mereka ‘kain buruk’ yang disangka tiada gunanya lagi dan boleh dicampak di mana-mana sahaja. Sesungguhnya mereka tetap bersinar dan tetap kita perlukan selama-lamanya.

Ingatilah ibu bapa kerana mereka merupakan insan teristimewa di hati kita. Bersyukurlah dengan kehidupan kita. Ulangkanlah perasaan kasih dan CINTA kita kepada mereka. Gembirakanlah mereka dengan apa cara sekali pun. Kejayaan dan kehidupan kita dimulakan dengan tangisan yang diredakan dengan pelukan ibu dan laungan azan iqamah daripada ibu bapa. Itulah permulaan kita.  Doakanlah mereka selalu. CINTAilah mereka selalu. Utamakan mereka dan bersyukurlah selalu.

Jangan lupa untuk sentiasa menyebut "SAYA SAYANG IBU & AYAH". Ukirkanlah senyuman di wajah mereka..Selalu...Tangisan didengari dan kesyukuran dipanjatkan. Salam Mahardika....



p/s: Saya dah call ibubapa saya...Anda bagaimana pula?(^_^)(Y)...

My Dearest Ayah & Mama
Miss them so much!


Kakak pun rindu kamu berdua...heheeeheee..

No comments:



Daisypath Friendship tickers