Pages

Saturday, October 23, 2010

Ayah...Mama...Ibu...Bapa...Abah...Umie...

Dedicate to: Dahlan bin Mohd. Yasin & Emelia@Norziah binti Sindan 

Ayah...Mama...
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja


Ayah...Mama...
ketika aku mengalah
engkau semangatku
ketika aku sakit
engkau penawarku
ketika aku bersedih...
kau air mataku..
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu


Ayah...Mama....
kini baru aku sedari,
sesungguhnya besar pengorbanan mu
aku yang kurang perhatian terhadap mu
aku yang seakan lupa mencurahkan perhatian terhadap mu
sedangkan masa meniti alam remaja engkaulah sahabat ku
aku sayangkan Ayah..Mama, bapa..emak, abah..umie.

Duhai Hati, kuatkan semangat yaaa...


CINTA Ibu Bapa...Satu ayat yang sangat Indah untuk di amati. Melalui ibu bapalah kita hadir di dunia ini. Melalui ibu bapa lah kita dimanja dan disayangi. Kerana Ibu bapa kita mendapat didikan ilmu dunia dan akhirat. Daripada Ibu bapa kita mendapat pekerjaan yang elok. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan daku ibu bapa yang penyayang. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua. Tidak terbalas walau sebentang lautan yang luas.

Duhai Sahabat, bersyukurlah dengan Ibu Bapa kita. Cintailah mereka kerana dengan mereka kita mendapat menghirup udara di dunia ini. Sayangilah mereka kerana kasih sayang ALLAH terletak pada kasih sayang mereka. Betapa besarnya makna ibu bapa kepada mereka yang memahami. Fahamilah kegembiraan, kesedihan, diri mereka.

Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBU BAPA manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan IBU BAPA.

Letaklah perasaan CINTA dan RINDU kita kepada ibu bapa kerana sesungguhnya kerana merekalah kita ada. ALLAH juga telah perintahkan kita peliharalah diri kita untuk ibu bapa. Martabat mereka juga terletak pada martabat kita. Janganlah kita meletak perasaan CINTA kita kepada insan lain sebelum kita benar-benar CINTA kan ibu bapa kita. Itulah CINTA pertama kita di dunia kita selepas CINTA utama kita iaitu kepada ALLAH dan RASULULLAH Sallahualaihiwassalam.

Segala puji kepada ALLAH dan selawat kepada RASULULLAH kerana mengajar dan mengingatkan kita tentang kasih sayang ibu bapa. Telah dinyatakan bahawa keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Hendaklah kita selalu mengingatinya. Janganlah kita melukakan hati mereka. Hati mereka perlu dijaga dan dibelai. Apabila kita telah dewasa peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara kita. Berilah kasih sayang kepada mereka dan janganlah diabaikan dan menjadikan mereka ‘kain buruk’ yang disangka tiada gunanya lagi dan boleh dicampak di mana-mana sahaja. Sesungguhnya mereka tetap bersinar dan tetap kita perlukan selama-lamanya.

Ingatilah ibu bapa kerana mereka merupakan insan teristimewa di hati kita. Bersyukurlah dengan kehidupan kita. Ulangkanlah perasaan kasih dan CINTA kita kepada mereka. Gembirakanlah mereka dengan apa cara sekali pun. Kejayaan dan kehidupan kita dimulakan dengan tangisan yang diredakan dengan pelukan ibu dan laungan azan iqamah daripada ibu bapa. Itulah permulaan kita.  Doakanlah mereka selalu. CINTAilah mereka selalu. Utamakan mereka dan bersyukurlah selalu.

Jangan lupa untuk sentiasa menyebut "SAYA SAYANG IBU & AYAH". Ukirkanlah senyuman di wajah mereka..Selalu...Tangisan didengari dan kesyukuran dipanjatkan. Salam Mahardika....



p/s: Saya dah call ibubapa saya...Anda bagaimana pula?(^_^)(Y)...

My Dearest Ayah & Mama
Miss them so much!


Kakak pun rindu kamu berdua...heheeeheee..

24 Ciri-ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Hari Kasih Sayang Islam Versi Nabi Muhammad s.a.w.

alt

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal." - Surah Al-Hujuraat [49]:13

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Pertamanya marilah kita semua membasahkan bibir berselawat ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w. Apa khabar rakan-rakan? Sihat? Alhamdulillah... Topik kali ini sangat menarik... Tahukah anda bagaimanakah hari kasih sayang Islam versi Rasulullah Muhammad SAW? Baca kisah di bawah ini... (^_^)...
Fathu Makkah, yang diabadikan dalam Al Qur'an sebagai Fathan Mubiiina (kemenangan yang nyata) terjadi pada bulan Ramadan, tepatnya pada tanggal 10 Ramadan tahun ke-8 Hijriyah.
Pasukan Islam dari Madinah masuk ke kota Makkah dengan damai tanpa peperangan.
Diizinkan Allah memperoleh kemenangan besar. Ribuan tawanan musuh diberi amnesti massal... Rasulullah berpidato kepada ribuan tawanan perang.
"...hadza laisa yaumil malhamah, walakinna hadza yaumul marhamah,wa antumut thulaqa...."
Wahai manusia, hari ini bukan hari pembantaian, melainkan hari ini adalah hari kasih sayang, dan kalian semua merdeka kembali ke keluarga kalian masing-masing.
Pasukan Islam mendengar pidato itu merasa terkejut juga.
Berjuang hidup mati, diperhinakan sekian lama; tetapi ketika kemenangan sudah di genggaman, musuh puladibebaskan.
Itu pun belum cukup. Rasulullah SAW memerintahkan rampasan perang dan pelbagai harta benda dan ribuan unta diberikan kepada para tawanan.
Sementara itu pasukan Islam tidak memperoleh apa-apa.
Mereka mengeluh dan memprotes. Mereka dikumpulkan dan Muhammad SAW bertanya: "Sudah berapa lama kalian bersahabat denganku?"
Mereka menjawab; sekian tahun, sekian tahun.
"Selama kalian bersahabat denganku, apakah menurut hati kalian aku ini mencintai kalian atau tidak mencintai kalian?"
Tentu saja sangat mencintai.
Rasulullah SAW mengakhiri pertanyaannya:
"Kalian memilih mendapatkan unta atau memilih cintaku kepada kalian?"
Menangislah mereka kerana cinta Rasulullah SAW kepada mereka; cinta yang tidak boleh dibandingkan dengan bumi dan langit.
"Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri. - H.R. Bukhari
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda :
"Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lebih dari tiga hari." (HR. Muslim).
Di sini jelas bahawa kita dianjurkan sekali untuk saling menjaga dan menghargai antara satu sama lain sebagai tanda kasih sayang.
Dalam hadis Nabi SAW :
"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu dengan menimbulkan insomnia (tidak boleh tidur) dan demam (panas dingin)." - HR. Muslim
Bahkan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Baihaqi melalui Anas ra. Nabi SAW bersabda :
"Tidak akan masuk syurga kecuali orang yang penyayang."
Jadi jelas bahawa yang masuk surga itu hanyalah orang-orang yang mempunyai rasa kasih sayang yang tanpa dibayangi dengan niat-niat jahat.
Rasa kasih sayang yang diniatkan kerana Allah, bukan kerana keuntungan dan kesenangan duniawi.
Makna kasih sayang tidaklah berhujung, sedangkan rasa kasih sayang adalah sebuah fitrah yang mesti direalisasikan terhadap sesama anusia sepanjang kehidupan di dunia ini ada.
Ini bererti bahawa Islam tidak mengenal waktu, jarak dan tempat akan sebuah kasih sayang baik terhadap teman, sahabat, kerabat, dan keluarganya sendiri.
Sebuah kisah lain yang menarik ketika Amr bin Ash menakhlukkan kota Mesir.
Saat itu datanglah seekor burung merpati di atas khemahnya.
Melihat kejadian ini, kemudian Amr bin Ash membuat sangkar untuk merpati tersebut di atas khemahnya.
Tatkala dia mau meninggalkan perkhemahannya, burung dan sangkar tersebut masih ada.
Dia pun tidak mahu mengganggunya dan dibiarkan burung merpati itu hidup bersama sangkar yang telah dibuat.
Maka kota itu dinamakan sebagai kota fasthath (khemah).
Jelaslah bahawa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi kasih dan sayang.
Kita perlu mencontoh teladan Nabi SAW dan para sahabat dalam perkara ini. Kasih sayang itu tiada nilainya... Ukhwah kita sesama saudara seagama amat penting kerana itulah kekuatan kita. Akhir kata, kasih sayang itu sepanjang masa... Jadi jangan ada benci yaa... Sentiasa suburkan rasa kasih sayang antara kita semua... Salam Mahardika...(^_^)...

Bunga Idaman~~~


alt Petang kelmarin terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.
Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku. Aku menghampiri bunga itu.
alt
Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.
Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.
Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.
Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.
Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.
Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.
Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.
Aku mula bermonolog..
Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.
Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun.
Siapakah aku?
Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?
Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...
"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"
Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.Amiin Ya Rabbul Alamiiin...

Friday, October 22, 2010

Tinta Ungu~~~

Assalamualaikum... Hai rakan-rakan sume... Hehe... Nak tanya... Nak tanya!!! Siapa suka warna UNGU@VIOLET@PURPLE???? Siapa suka angkat telinga cepat...Hehehe... Gurau ja la... Boring giler skrg even penat dari buat assignment.. Tetiba ja nak share sal warna ni... Anyway sebagai muqaddimah... Sume orang ada warna favorite sendiri kan... Merah, biru, hijau, hitam, putih dan sewaktu dengannya... dan izzah pula of course... UNGU pilihan sy... Bukannya band ungu tuu tp warna ungu... Hehe...(penegasan d situ)...

Color icon purple v2.svg


Kalau anda sume nak tau... Warna ungu selalu dikaitkan dengan misteri, warna yang boleh membangkitkan suasana, dan warna2 bangsawan dan kerabat diraja... Jadi tidak hairan laa if warna ni banyak diminati oleh golongan tersebut sebab warna ni menampakkan kemewahan dan ekslusif terutama dalam pemakaian mereka... Popular and sofistikated tau... Ada orang kata warna ungu ni banyak berkait rapat dengan janda...tapi ada saya kisah?? Hehehe.., Yang penting saya happy... Ungu selalu membangkitkan mood saya bila nak belajar! Actually banyak keistimewaan warna ungu tau... It's a very special color... Nak tau... Purple is almost in sacred place in nature. Contohnya lavender, orkid, lilac, bunga violet... Warna ni dianggap very the precious sebab ungu adalah gabungan warna merah dan biru...hot & cold..cool bukan?hehehe..

Puprle is everywhere..!



Hehehe..dah tau kan napa warna ungu ni istimewa sangat... Actually ada sebab lagi kuat napa izzah suka ungu... The truth is mama izzah suka sangat warna ni... Mula2 2 memang la cam tak suka tapi lama2 lawa juga... Apa lagi... Layan laa warna ungu ni... Hehee.. Thanks to dearest mum laa! Memang ibu borek anak rintik... ahahaa...mMuahh... Nak dipendekkan cerita, izzah memang fanatik ungu..hehe... Laptop color ungu, handphone, cermin mata, baju2, cadar pa sume warna ungu... Paling best... izzah ada geng yang minat ungu juga... Dah boleh wat Ungu Community ni...ehehehee... Sapa setuju? Muncung mulut sikit..hehe..joke k!

I totally lost my idea now..haha...izzah da mengantuk da ni..baki2 penat sebab wat assigment sejak pagi tadi masih ada lagi..hehee..nak rest luk..jangan lupa singgah laa kat shout box tu ya..ahaha..salam mahardika..love u all!peace!(^_^)(Y)...Ungu 4eva!

Hehehe..Ungu!

Thursday, October 21, 2010

Is It For Real or Totally Fake??



Buah & Pokok Ajaib : Buah-Buahan Menyerupai Susuk Tubuh Wanita Yang Menggiurkan? Keajaiban Atau Penipuan ?







Rasanya korang semua mesti pernah dengar sal Nareepol Tree di Thailand ni...Izzah baru ja baca sal artikel ni..interesting tapi dedah sangat laa buah tuu...he....Terpikir juga adakah khasiat buah yang bentuk susuk tubuh wanita ni yer...rasa nak pulak pergi thai beli dua tiga biji. Hehe...(Tak selera tengok)..

Nareepol Tree, kononnya terletak dekat Petchaboon, Bangkok. Kononnya lagi ada buah yang menyerupai susuk tubuh wanita yang tengah menutup "@##$$%''. Disebabkan kononnya pokok ni ajaib sangat, so ramai pengunjung dari luar negara datang kat Bangkok semata-mata nak tengok buah sume tuu. Entah gambar ni real or x? Tapi ciptaan tuhan selalunya indah dan melambangkan betapa bijak Penciptanya tu. Bukankah begitu ? 

Ada juga yang cakap masa buah tu nak membesar, orang letak buah dalam bekas acuan untuk jadikan dia macam-macam shape. Bukan sahaja susuk tubuh wanita diorang boleh buat, tapi buah-buahan pun diorang boleh bentukkan jadi dinasour, tau.. eNtah kan betul...entahkan tak...Lu Pikir Lah Sendiri...Heeeee~~~~Salam Marhadika..(^_^)..

revolution of HIJJAB

Today, i wanna share you the revolution of HIJJAB..!
Maybe we just ignore it..!
But, in my opinion, we should care of it..!


Prophet Muhammad (SAW) said “In later (generations) of my ummah there will be women who will be dressed but naked. On top of their heads (what looks) like camel humps. They will not enter into paradise or (even) get a smell of it.” Reported by Sahih Muslim.
I think, you also see how this revolution happened..!

So, this is friendly reminder for you..!
 Avoid from wearing HIJJAB just like camel..!!
Avoid from wearing tight shirt neither pants..!!
Avoid full MAKE UP..!!
CARE YOUR AURAT..!!

All of those things avoid us from sins and all bad perception..!

Malaysian Islamic Fashion Festival



"Festival Pemakaian Cara Islam" diadakan di Kuala Lumpur April lalu..!
Festival ini dirasmikan oleh Dato' Sri Rosmah Mansor isteri kepada Dato' Sri Mohd Najib Bin Abdul Razak..!


Gaya dan fesyen terkini ditampilkan bagi menarik minat para muslimah dan bukan muslimah untuk berpakaian cara islam..!
Gaya moden memakai tudung/hijab turut di paparkan..! 




Persoalannya, benarkah ini merupakan cara berpakaian yang dituntut dalam islam..??
Adakah benar fesyen dan gaya pakaian moden ini sah di sisi syarak..?? dan
Dapatkah cara ini menarik minat para muslimah untuk mengenakan tudung/hijab..??


Yang pastinya, ia merujuk kepada konsep 1Malaysia..!!

Persoalan demi persoalan timbul..!
Sesungguhnya, festival ini menimbulkan banyak kontroversi..!!











Tak perlu saya jelaskan lebih lanjut..!
Anda di luar sana pun sudah tahu apa hukumnya..!
Tepuk dada, tanya selera..!



Daisypath Friendship tickers