Pages

Monday, September 17, 2012

Food. Eat. Enjoy.


Assalamualaikum w.b.t..

      Today's entry is about food. One thing that my family share in common that we love to eat outside to a restaurant that was not only unique in terms of their menu selection, the preparation, thought but also the restaurant's design itself. Moreover, since we move to Kota Kinabalu.. There's a lot of place to choose for dining outside. Whenever my family are going to Kota Kinabalu..

      It's a must to stop by to a restaurant that we think it is cool. The price of the foods are vary for some of the restaurants but for us it is satisfaction that we are looking for.  All of the restaurants listed on this page are places that i have visited. I don't have enough picture so next time I will snap..snap..:)

1. Pak Man Resipi (Kepayan area)

This eatery offers its customers with different type of food from all over the states in Malaysia.  The food is delicious and also the beverage too.  I also love the design which looks a bit of kampung style but still have the modern looks. Here, this eatery offer variety of dish from states of Malaysia likes Rendang Tok (Perak), Ayam Masak Bambu (Sarawak), Ayam Masak Kuzi (Kelantan) and much more. You also can choose ala carte whether to have local or western food. The price was bit high but still can be afford (I guess)..(^_^)..Pak Man Resipi also can be found in Karamunsing Capital too.


Sizzling Rice



Menu Pak Man Resepi

2. Grace Food Court (Jalan Pantai, Sembulan)

I just love this place. Grace Point Food Court is a nice and cozy food court located in Sembulan. Apart from the variety of stalls available, there is also a bakery named 'Breads and More', operated by Sutera Harbour Resort. Grace Point food court is located at Jalan Pantai at Sembulan. Besides the food court, the main attraction of this place is the Memorial monument for Double Six Tragedy. At first, i thought Grace Point Food court only served Malay Cuisine and local food, I was wrong! Surprisingly, they have different stall that serves Malay, Chinese ( Halal/no pork), Korean, Thai, Indian, Western, Local cuisine and they also have several different dessert stall too.
 

Menu Indonesia - Nasi Ayam Urdu

Menu Arabian  Chicken Rice




3. Sala Thai (Harbour City, Kota Kinabalu)

This eateries offered variety of Malaysian typical dishes although the restaurant's name makes u think they offered Thai food... The foods arrangement likes you are in "majlis kenduri" where you can find gulai kawah, nasi halia, soto, tom yam, malaysian dessert and more.. All of it served in ready cooked. The service was good to and you can choose to enjoy your food in air-conditioning room or outside where they have fresco table if I'm not mistaken. Don't worry.. No extra charges ya..(^_^).. The price is affordable too..

Lots of Foods!
Economy Style!

Pink!
4. Sinario Cafe (Alamesra, Kota Kinabalu)

I just love the foods in here especially "Nasi Goreng Lalap" and Chicken Chop. It was superb with the chocolate shake. Very smooth.. Here you also can find lots of typical Malaysian dish too. Quite pricey but still can be afford. The best part is you finished your foods, you can go window shopping (for girls and woman only) where we got Jackel Silk House, London House of Muslim, Ariani House and more.. And also you can go to 1 Borneo by across the overhead bridge. Very near.
Front View of Sinarion Cafe 2


Chicken Chop

Sunday, September 16, 2012

aim 4 the sky...: muslimah sejati itu..

aim 4 the sky...: muslimah sejati itu..: Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sej...

Muslimah Sejati~

sejambak mawar: “seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecant...: “seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tet...

Sunday, September 9, 2012

❤Rakyat Malaysia Luar Negara Lebih Baik?❤

❤Assalamualaikum


Di perantauan, rakyat Malaysia sebenarnya dikagumi kerana sikap bertolak ansur, bantu membantu serta hubungan persaudaraan yang erat tanpa mengira bangsa dan agama. Bila sebut pasal Malaysia...pelancong asing akan kata "they are very friendly..nice..warm..kind hearted..lovely.." Jika kita lihat di luar negara..rakyat Malaysia mempunyai kelab atau persatuan khas bagi mengenali rakyat Malaysia yang tinggal di sana..mengadakan aktiviti bersama..menyambut bersama hari-hari perayaan semua kaum dan sebagainya...

Tetapi berbeza di Malaysia sendiri, kadang-kadang jiran sebelah pun kita tak kenal biar pun dah lama tinggal dalam satu taman perumahan..sikap tolak ansur langsung tidak wujud bila berada di jalan raya..bila ada kemalangan berlaku..orang hanya akan melihat dan tidak pula membantu..malah menunggu orang lain menghulur bantuan pula..suka jaga tepi kain..tidak menerima pendapat orang lain, pergaduhan yang tidak sudah dan tiada hala tuju dan sebagainya...


Begitulah hakikatnya..biar pun pahit namun kenyataan itu harus ditelan. Realitinya, rakyat Malaysia di perantauan lebih peramah, lebih menjaga hati masing-masing dan sentiasa bersama berkongsi suka duka mengharungi hidup di perantauan. Seharusnya semangat kenegaraan dan kesatuan yang lebih utuh perlu ada di Malaysia dan semua rakyat tidak kira bangsa berganding bahu memajukan negara. Alangkah bahagianya jika Malaysia begini kan..:)..Peace Malaysia!




Friday, September 7, 2012

❤Tazkirah Garis Panduan Dalam Islam❤

✿Assalamualaikum✿

❤Tazkirah Jumaat JPNSabah❤

Alhamdulillah...akhirnya kita berada di hari yang penuh barakah dan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Pagi ini wakil-wakil bagi setiap unit di Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan berkumpul di bilik mesyuarat SAGA III. Tajuk tazkirahnya ialah "Pencemaran Hari-hari Kebesaran Islam" dan penceramah jemputannya pula ialah merupakan wakil dari Pejabat Mufti Negeri Sabah iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak, Ustaz Mohd. Jumat bin Abd Razak.

Banyak yang dikupaskan di dalam tazkirah pendek selama 1 jam ini. Antara yang dirumuskan oleh Ustaz Mohd. Jumat ialah:

  • Isu Perkahwinan - Ibubapa seharusnya peka dengan bakal pasangan anak-anak mereka dengan membuat satu sesi temuduga. Contohnya, adakah dia itu solat? Rajinkah dia pergi masjid (bagi lelaki)? Hal ini kerana kita telah melihat jumlah perceraian semakin meningkat dari tahun ke tahun terutamanya orang Melayu. Apa sebabnya? Kerana solat mereka tidak terjaga. Perkahwinan itu ibarat membina sebuah masjid yang suci. Solat sebagai tiang agama menyempurnakan masjid tersebut. Apabila rosak tiang agama itu, maka masjid juga akan turut sama terjejas. Oleh itu, jagalah solat kita kerana ianya merupakan kunci dan kekuatan kepada perkahwinan bahagia hingga ke syurga.✿
  • Cara Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam -  Kita mempunyai banyak hari-hari kebesaran Islam. Antaranya ialah Israk Mikraj, Maalhijrah, Nuzul Quran, Ramadhan, Maulidur Rasul dan sebagainya. Masyarakat Islam kita menyambutnya dengan penuh keislaman di mana kita melaungkan takbir, asmaulhusna, selawat ke atas nabi, nasyid, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan banyak lagi. Tetapi berbeza dengan Sambutan Aidilfitri dan Aidiladha. Sudah menjadi 'uruf atau adat masyarakat di Malaysia merayakan hari-hari kebesaran mulia ini dengan acara nyanyian, tarian dan sebagainya. Tidak salah asalkan tidak melanggar garis panduan hiburan dalam Islam di mana tidak akan menimbulkan fitnah atau perkara yang tidak baik. Garis panduan ini boleh dirujuk melalui link ini Garis Panduan Hiburan Dalam Islam.✿
Banyak ilmu yang dapat diperoleh melalui tazkirah ini tetapi oleh kerana masa yang tidak cukup, tazkirah diberhentikan dan Insyaallah akan disambung pada masa akan datang. Apa yang diperkatakan ustaz itu adalah benar. Mencari seorang suami atau isteri yang soleh dan solehah bukan mudah. Kita diberi panduan dalam memilih pasangan dan apa yang paling penting adalah melihat kepada agamanya. Tidak perlu mencari ustaz, imam, pegawai agama, tahfiz kerana kita tahu itu bukan mudah. Carilah seorang bakal zauj atau zaujah yang baik akhlaknya dan menjaga solatnya. Insyaallah akan sentiasa dipermudahkan.

Hari-hari kebesaran Islam pula adalah satu keraian yang membawa kegembiraan, tanda kesyukuran, kemenangan, akan tetapi kita hendaklah diingatkan berhibur itu tidak salah. Yang penting sentiasa mendahulukan agama dan Allah.
❋Ingat! Islam itu mudah!❋

Thursday, September 6, 2012

❤ Kenapa Saya Pilih Acai Berry? ❤


❤ Assalamualaikum 


Sejak kebelakangan ini acai berry  semakin menjadi sebutan di media massa kini. Acai berry ini didatangkan melalui pelbagai produk sama ada melalui minuman jus dan kapsul. Sebelum mengulas lebih lanjut, tentu ada yang bertanya apa itu acai berry (buah acai) sebenarnya? Mungkin ada yang menyebutnya sebagai ‘a-chai-ber-ri’ (macam nama orang cina pula, ah chai), tetapi sebutan betulnya adalah ‘a-cai’ berry.

Rupanya kehitam-hitaman dan bentuknya seakan-akan buah anggur tetapi lebih kecil. Buah ini pada asalnya dikomersilkan untuk tujuan perisa, dan jika anda berkunjung ke US, terdapat beberapa produk minuman yang menggunakan ekstrak buah ini sebagai perisa pilihan. Buah ini merupakan buah yang biasa bagi penduduk benua Amerika Selatan terutamanya yang berhampiran dengan hutan Amazon seperti Brazil.



Buah Acai adalah buah nombor 1 dalam kategori 'Superfruit' . Hal ini terbukti apabila kajian menunjukkan ia kaya dengan lemak, protein, kalsium, asid amino, vitamin dan anthocyanin. Fleksibiliti dari Acai Berry ini membuatkan ia menjadi buah pilihan terkini.



  • Tinggi Tahap Antioksidan - Antioksidan yang terkandung dalam Acai berry adalah 10 kali ganda dari buah anggur dan dua kali ganda dari Blueberry. Antioksidan membantu mempercepatkan pembahagian sel, mengurangkan kedutan dan memelihara kulit.
  • Kaya Dengan Lemak Yang Sehat - Acai berry kaya dengan asid lemak esensial yang dapat membantu untuk mengawal kolesterol LDL yang tidak diperlukan dan menjaga HDL kolesterol yang diperlukan dalam tubuh kita.
  • Kaya Antioksidan - Antioksidan amat diperlukan sebagai sebatian untuk menetapkan kolesterol, akhirnya mampu membantu mencegah penyakit.
  • Sumber Terbaik untuk Asid Amino dan Protein - Para saintis telah menemui dan mengenalpasti bahawa ada lebih dari 19 jenis asid amino dalam diet Acai berry dan ia mempunyai lebih dari 8 gram protein per 100 gram produk.
  • Sumber Vitamin dan Mineral - Vitamin dan mineral yang telah dijumpai dalam buah Acai termasuk, vitamin A, B1, B2, B3, C, E, kalsium, kalium, magnesium, zink dan tembaga.
  • Sistem Pencernaan Lebih Sihat - Acai berry yang kaya dengan serat makanan dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan meningkatkan sistem pencernaan.
Dalam hal ini, saya juga seperti mereka yang lain turut mengambil acai berry sebagai salah satu cara untuk mengimbangi nutrien di dalam tubuh badan. Hal ini kerana saya merupakan seorang yang tak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika ada pun, saya agak memilih sedikit. Saya juga mengalami masalah penyakit kulit di bahagian kaki. Ibu sangat risau akan kesihatan saya pada masa akan datang. Jadi, ibu memperkenalkan produk minuman Hayat Acai Berry (HAB) sebagai alternatif makanan tambahan.

RM44 - 10 BOTOL 10 ml

Setelah mengambil 2 kotak minuman jus HAB ini, terdapat perubahan positif yang saya mula rasai. Alhamdulillah, saya rasa bertenaga, senang lawas bila nak buang air, tidur selesa, kurang rasa lapar dan kaki saya mula menunjukkan perubahan. Insyaallah, jika sentiasa mengamalkan, tubuh badan akan sentiasa sihat dan terpelihara.


"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu..."


Allah telah menciptakan pelbagai sumber yang memberi manfaat kepada manusia dan kita hendaklah mencarinya untuk kesejahteraan sejagat. Produk ini merupakan salah satu alternatif bagi keperluan tubuh badan kita. Jika anda berminat nak beli produk ini, sila hubungi kami di 019-8411809. :)


♥Siapakah kita?? Siapa..yaa??♥



1. Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

2. Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

3. Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

4. Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. 

5. Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

6. Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s. a. w.

7. Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

8. Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

9. Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

10. Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


11. Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

12. Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

13. Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

14. Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

15. Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

16. Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang- orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

17. Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

18. Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

19. Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

20. Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

21. Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

22. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

23. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

24. Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Friday, July 27, 2012

"Pusara dalam Taman"

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap semua sihat senantiasa. Hari ini nak cerita tentang konsep tanah perkuburan islam moden "pusara dalam taman". Bila sebut atau dengar tentang kubur, mesti kamu semua imagine tempat tu as a very scary, creepy, horror or something like that laa..

'
Tanah perkuburan ni seram tak? huhuhu...

Tapi sebenarnya tak seram pun... Jika kita lihat kembali..apa yang sebenarnya yang membuatkan tanah kubur ini adalah tempat yang menyeramkan? Mungkinkah sebab keadaan kubur-kubur yang tidak teratur? Atau sebab ada mereka-mereka ini yang suka mengganggu tanah kubur dengan memuja demi mendapatkan nombor ekor untuk keuntungan sendiri sampai keluar laa segala H_N_U ni atau memang da nama kubur...confirm seram ek? Ikutkan memang seram sebab pengaruh program di televisyen kan. Tapi semua tu berubah selepas zah dengar tentang "pusara dalam taman".

Sebenarnya, konsep ini zah dengar kat radio Klasik Nasional. Bapa izzah suka dengar stesen radio ni setiap masa..So nak dijadikan cerita.. Sebagai permulaan, konsep ni telah dilaksanakan di tanah perkuburan Islam moden Raudhatul Sakinah atau jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu "Taman Ketenangan" di Mukim Batu berdekatan dengan Gombak yang telah dimulakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak tahun 2008 lagi. Lepas tu..siap ada e-Pusara iaitu sistem pengurusan untuk menguruskan jenazah. Di sini, rekod setiap jenazah dapat disimpan dan jika ada waris ingin melawat kubur, mereka boleh merujuk pada rekod yang telah disimpan di dalam e-Pusara. Mudah kan..:)..


Konsep "pusara dalam taman" dan sistem e-Pusara ni memang idea yang sangat bernas dan sepatutnya kita dah perlu laksanakan sejak awal lagi. Seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, konsep ini sepatutnya diperluaskan ke seluruh negeri-negeri di Malaysia. Dengan adanya konsep ini, kita dapat mengubah pandangan negatif masyarakat mengenai tanah perkuburan Islam di Malaysia. Ya lah..dengan suasana kubur yang ala-ala taman..pokok-pokok bunga yang cantik..susunan kubur yang teratur..kemudahan insfrastruktur...laluan pejalan kaki.. Memang tenang..siapa tak suka kan.:).. Apa pun.. Moga tanah perkuburan Islam dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.. Amiiiiin...


Macam ini la cantik..:)..Sekadar contoh yaa..

Memorial War II, W.P. Labuan

Wednesday, July 25, 2012

Ibubapa

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


"Happy Day of July 2012"✿◕‿◕✿

Assalamualaikum...


Its been a long time since I've create my blog. Due to my busy last three semester, I've to least focus on my blogging activities where i need to focus more on finishing my degree... And right now... Its already end!!! Yippie! Alhamdulillah... Hahahaha..but actually is not really ended... After i finished my final exam... I'm going back to my home village at Tamparuli, Sabah. Its been great holiday... I finally got to pampered myself at my blissful village with beloved family.

I feel lot of joy but deep down inside of my heart, I feel nervousness like I've been in box of ice..crazy cool.. So back to our main title.. "Happy Day of July 2012? Its sharing moment time..✿◕‿◕✿


2nd July of 2012, Monday.


6a.m. sharp at morning... I headed from Tamparuli to Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS). It actually take a hour to arrive at JPNS but it depends on the traffic because Ayah told me that our way to JPNS always in busy traffic. 1st step inside the JPNS... of course it is very big building and my practical place is at 7th floor. Happy..Excited..Nervous..I feel like thousands of butterflies dancing in my tummy. Afraid i'm not going to fit with their style..my guess totally wrong..its so wonderful to be with them..my supervisor is so sweet and the staff are very 3F you know...Friendly..Funny..Freak..(A bit laaa..ehehehe..)...Conclusion..I love my practical place..thumbs up!


13 July 2012, Saturday.


Today is my little bro's graduation day from Politeknik Kota Kinabalu for Sijil Kejuruteraan Eletrik. But right now he continue his study in Diploma. So as usual 6 a.m., we headed to Dewan Canselor UMS Kota Kinabalu. They actually have their own big hall in Politeknik but don't know why they choose to hold the event at Dewan Canselor UMS...not fair laa..my bro step first before my graduation which is also will be held there. With our family theme, bright purple colour..for sure the colour striking kot..haha..whatever laa..so after long wait of 4 hours..the event is finally over..bit crowded..where my bro had register for a graduation photo with family. in the end..the family photo was superb..thanks to the photographer yaa... As for final touch for our event today..we grab some lunch at Indah Permai Food Court..Yummy..


21 July 2012, Saturday.


Alhamdulillah..its the first day of Ramadhan.. Eventhough in our village conquered by non-Muslim people..but still I can feel the aura of Ramadhan..Luckily I don't really feel too hungry because I;ve already prepared myself by practicing the fasting before the Ramadhan (Actually puasa ganti bha.hehe..). So the day of Ramadhan, there's nothing much to do..just do the cleaning thing and so on until i receive SMS and call from my dearly friend says "RESULT DAH KELUAR"...what the...i'm not even prepared for this..i thought it will be out in Aug.


So with nervousness that even more higher than my first day of practical..i click into UMS SMP Portal...Click ahli portal...Next the system..Then click the "Keputusan Peperiksaan Pelajar"..and then...then...then..then..CLICK!!! Alhamdulillah...My doa have come true..thanks Allah for this beautiful result..hehe..and like always..all i do is crying like a baby..hugging Mama..calling Ayah..Alhamdulillah...----

I guess thats only event that happen in this July i guess even though July is not over yet.. Sounds to me like a daily report pula..hehehe..To all Muslim people..Have a blessful Ramadhan..Make sure your "puasa" full..Do lots of good deed and May Allah bless you all..The end of my first ever post after 1 year and half..✿◕‿◕✿





Daisypath Friendship tickers