Pages

Friday, March 22, 2013

Hujan yang turun itu....

Kadang-kadang kita mengeluh,
"kenapa hujan turun?aku nak keluar dengan kawan-kawan. nak main bola sepak?kain tak kering lagi pula..."
Kita tak suka matahari sebab panas cahayanya,
Kita tak suka hujan sebab titis airnya,
Kita banyak mengeluh tapi tak mensyukuri nikmatNYA.
Begitulah sikap manusia...

p/s: aku suka bau hujan yang turun.seperti wangian aromaterapi yang mampu menenangkan jiwa yang resah gelisah.:-)

Kita Tak Serupa



Aku dan Kau tidak sama,

Cerita hidup kita berbeza-beza dan dugaan kita kadang-kadang tak sama.

Aku takkan pernah dapat memahamimu sepenuhnya.

Begitu juga kamu takkan pernah memahamiku.

Namun aku juga manusia biasa,kadangkala juga merasa lemah,sedih dan kecewa sepertimu dan... 

Percayalah segala kata-kata yang terungkap pada bicara dan tulisanku sebenarnya memujuk diriku untuk terus kuat dihadapanNya.

Kerana itu aku mahu bawa dirimu bersamaku,cuba memahami,menghayati dan menyelami kehausan jiwa hamba yang seperlunya perhatian dan sepenuhnya pengisian dari Allah,ya Rahman.

Jadi usah bersedih sahabatku~

"Muslimin selekeh, Muslimat comot?"






Ada yang berkata “Biarlah penampilanku begini. Aku tak kisah. Inikan zuhud dan tawaduk. Yang penting pandangan Allah bukan pandangan manusia.” Memang benar pandangan Allah penting tapi Allah suka akan kebersihan dan kecantikan. Rasulullah S.A.W juga zuhud dan tawaduk tetapi Baginda sangat menjaga kebersihan dan penampilan diri. Rambut Baginda diminyakkan kemudian disisir rapi. Janggut Baginda dikemaskan, jubah Baginda sentiasa bersih. 


Ada beza zuhud dan selekeh. ^_^ 


Janganlah kita tampil kemas ketika hadir ke majlis-majlis tertentu sahaja. Tetapi kemaskan penampilan kita setiap masa, terutamanya ketika ingin menunaikan solat. Malu rasanya bila nak bertemu Sang Pencipta, kita tidak pernah ingin kelihatan cantik, menarik, kemas, wangi dan menawan. Namun bila di hadapan manusia, bukan main lagi gayanya. Mengalahkan Mrs universe. Jaga imej Islam yaa.. Baru orang suka dan tertarik dengan Islam. :)

Thursday, March 21, 2013

Orkid Unik Menyerupai Haiwan


Assalamualaikum...
Hari ini nak berkongsi info menarik mengenai bunga orkid. Bunga orkid ini merupakan antara kumpulan tumbuh-tumbuhan yang sangat menakjubkan. Orkid biasanya tumbuhan di tempat yang khusus dan tumbuh meliar di dalam hutan. Namun, sekarang bunga orkid sudah mula terdedah dengan kepupusan.

Setiap ciptaan Allah itu sangat unik dan menarik. Allah menciptakan setiap makhluknya dengan penuh teliti dan sungguh unik untuk kita cuba kaji, fahami dan terokainya. Di sini saya nak kongsikan info mengenai orkid yang menyerupai haiwan. Lain daripada yang lain bukan. Ok, jom kita lihat contoh spesies orkid menyerupai haiwan ini.


1. Monkey Face Orchids (Dracula Simia)




Spesies ini sangat jarang ditemui dan hanya tumbuh di hutan tropikal beriklim sejuk dan berkabus seperti di Selatan-Timur Ecuador dan Peru pada kedudukan geografinya di 1000 - 2000 meter di sebelah gunung. Baunya seperti oren yang sudah ranum.

2. Bee Orchids (Ophrys Apifera)






Jenis orkid ini pula menyerupai lebah betina Bumblebee yang mencari bunga berwarna merah jambu untuk menarik perhatian lebah jantan Bumblebee. 

3. Pink Moth Orchids (Phalaenopsis sp.)





Orkid ini kelihatan seperti terdapat kepala burung kecil yang menjaga nektar bunga itu.

4. White Egret Orchid (Habenaria radiata)




Orkid ini kelihatan seperti burung yang sedang melebarkan sayapnya yang putih dan gebu. Bersedia untuk terbang.

5. Holy Ghost Orchid(Peristeria elata)




Orkid ini mempunyai bentuk burung merpati atau 'dove' di tengah-tengah bunga tersebut.


6. Flying Duck Orchid (Caleana major)




Bentuk orkid ini seperti itik yang seperti mahu terbang. Orkid ini sangat kecil. Tingginya adalah 50 cm dan tumbuh di sekitar kawasan timur dan selatan Australia.

Sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat indah dan menarik. Banyak lagi sebenarnya sisi alam semesta ini yang kita belum terokai. Ciptaan ini juga menunjukkan Allah itu Maha Besar... Maha Sekelian Alam... Bersyukurlah atas nikmat yang telah dilimpahkan ke atas kita. Jangan pernah kita riak dan ujub kerana itu semua adalah godaan hawa nafsu yang cuba meruntuhkan iman seorang manusia bergelar Muslim. Sekian.... Wassalam~


Sunday, March 10, 2013

♥Infaq Fisabilillah♥



Kita biasa dengar orang yang minta sedekah ucap terima kasih. Tetapi sepatutnya kita yang harus berterima kasih kepada mereka kerana mereka, kita ada juga bekalan untuk di  akhirat nanti. Akan tiba satu masa tiada manusia lagi yang sudi terima sedekah kita. Masa itu, orang-orang kaya akan sibuk membawa harta ke sana ke sini mencari orang yang sudi menerima sedekahnya. Jangan kedekut untuk besedekah. Takkan ada orang jatuh miskin sebab bersedekah. Semoga amalan infaq kita biar pun kecil akan diterima Allah juga

-infaq fisabilillah-

Wednesday, March 6, 2013

Salam Satu Petang~

Assalamualaikum...

Hari ini petang agak sunyi. Mungkin sebab ramai lagi yang belum balik dari kerja kan. Aku pula sedang menyibukkan diri membuat sesuatu. Nak tahu apa? (^_^)

Tiada yang menarik sebenarnya. Aku sekarang sedang menyibukkan diri dalam dunia penulisan. Sebenarnya aku sudah lama minat bidang penulisan tapi aku malas. Hehe... Aku kembali pun sebab rakan aku yang galakkan aku. Nama dia Rozana. Dia yang galakkan aku untuk menulis.

Nak dijadikan cerita sekarang, aku memang tengah menulis pun a.k.a menaip. Tema aku lebih bersifat Islamik. Maksudnya aku suka untuk selitkan cerita-cerita Nabi, ayat-ayat AlQuran dan hadis-hadis supaya pembaca bukan sahaja dapat menikmati penulisan tapi sekaligus dapat ilmu daripada apa yang aku cuba sampaikan. Kiranya salah satu cara untuk aku berdakwah. Kita semua kan pendakwah atau dai'e. Pelbagai cara boleh dilakukan dan aku pilih menggunakan teknologi. :)

Tapi sekarang aku keliru. Aku buat cerpen atau novel ini? Macam panjang pula tapi aku teruskan juga. Jika sudah siap, pandailah aku edit nanti. Hehe... Aku tiada idea sebenarnya nak sambung apa. Jadi aku merapu sekejap di sini sambil minum secawan milo panas+susu kambing hi-goat.

Okay. Sampai di sini sahaja. Moga kamu semua menikmati petang yang indah ini. Jangan lupa doakan saudara kita di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Kunak. Moga Allah memelihara keamanan di Sabah ini. Amiiiin.... Assalamualaikum. :)

Jom Sign Petition for Sabah!


Sabah has been our homeland for long time ago since Sabah has agreed to join Malaysia. Its our homeland and they have no right to claim it back. There is no harm sign in this petition. Show your support. :)


Daisypath Friendship tickers