Ada yang berkata “Biarlah penampilanku begini. Aku tak kisah. Inikan zuhud dan tawaduk. Yang penting pandangan Allah bukan pandangan manusia.” Memang benar pandangan Allah penting tapi Allah suka akan kebersihan dan kecantikan. Rasulullah S.A.W juga zuhud dan tawaduk tetapi Baginda sangat menjaga kebersihan dan penampilan diri. Rambut Baginda diminyakkan kemudian disisir rapi. Janggut Baginda dikemaskan, jubah Baginda sentiasa bersih.
Ada beza zuhud dan selekeh. ^_^
Janganlah kita tampil kemas ketika hadir ke majlis-majlis tertentu sahaja. Tetapi kemaskan penampilan kita setiap masa, terutamanya ketika ingin menunaikan solat. Malu rasanya bila nak bertemu Sang Pencipta, kita tidak pernah ingin kelihatan cantik, menarik, kemas, wangi dan menawan. Namun bila di hadapan manusia, bukan main lagi gayanya. Mengalahkan Mrs universe. Jaga imej Islam yaa.. Baru orang suka dan tertarik dengan Islam. :)
No comments:
Post a Comment