Menyambut Valentine's Day atau Hari Kekasih adalah terang dan jelas ianya HARAM dalam Islam.
Allah telah berfirman yang bermaksud,
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
-Surah Al-Isra':32-
Mafhumnya Allah tidak mengharamkan zina itu semata-mata tapi mengharamkan semua perkara yang boleh membawa kepada zina di mana jatuhnya hukum HARAM. Jelasnya, sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini menyebabkan banyaknya terjadi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bertentangan dengan syarak demi untuk menzahirkan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Jika ini berlaku, pastinya syaitan bersorak kerana berjaya memujuk hati pasangan kekasih yang dilamun cinta.
Rasulullah bersabda:
"Barang siapa meniru sesuatu (perlakuan) umat, mereka tergolong di kalangan mereka"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Satu lagi hadis berbunyi:
Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak langkah mereka sebelum kamu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta. Sehingga kalau mereka memasuki lubang biawak kamu akan ikut sama." Kata kami (sahabat): "Wahai Rasulullah! Mereka adakah Yahudi dan Nasrani?" Sabdanya: "Siapa lagi?"
(Riwayat Syaikhan. 40 hadith pilihan - siri kedua oleh Mohd. Yusof Abas. Cetakan kedua 1980. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.)
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 juga telah memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Di dalam hadis-hadis di atas dan fatwa yang dikeluarkan jelas suatu peringatan dari Nabi SAW serta larangan baginda supaya kita tidak mengikuti atau meniru sesuatu perlakuan umat atau kaum lain. Saya pasti anda semua bersetuju bahawa Valentine's Day ini sememangnya bukanlah suatu hari istimewa yang dianjurkan oleh Islam. Malahan dengan jelas juga sambutan sebegini datangnya dari pengaruh barat.
Oleh itu, sedarlah wahai Umat Islam... Agama Islam bukanlah agama yang rigid atau ekstreme tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik Umat Islam sebagai Umat Contoh. Amiiiin......
No comments:
Post a Comment