Setiap pagi mesti bersin… Kadang-kadang lemah badan dibuatnya. Tapi Allah nak kita sentiasa ingat kat DIA. Oleh itu, ucapkanlah Alhamdulillah selalu kerana diberi peluang diri ini untuk masih bernafas & terus beramal ibadah untuk bekalan di Akhirat nanti.:-)
Monday, February 4, 2013
Sunday, February 3, 2013
Hati... Jangan Lemah!
Assalamualaikum...
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi.
Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Yakinlah!
Kadangkala perasaan cemburu itu timbul tatkala melihat post sahabat-sahabat di laman sosial yang sudah punya kerjaya. Dan aku pula masih menghamburkan resume ku ke semua tempat demi mendapat kerja. Namun, aku percaya Allah itu telah menentukan takdir & jalan hidupku yang lebih baik cuma masanya belum tiba. Ya Allah, jauhkanlah hati ini dari penyakit yang melemahkan hati. Semoga apa yang ku hajati termakbul. Amiiin....
DIA Di Hati Kita
Dan mengingati orang yang kita cintai itu sering saja terikat dengan ketidakpastian.
Dan mengingati orang yang mencintai kita sering saja lahir dengan kenangan.
Dan sungguh luar biasa,
Bila Tuhan mencintaimu,
Dia sering saja muncul di ingatan.
Bersama harapan.
Mengukir senyuman.
Dengan jaminan.
Bahwa DIA selalu ada.
Tiap masa dan ketika.
=) Alhamdulillah.
Friday, February 1, 2013
CINTA ALLAH TERHADAP HAMBANYA. ♥
~Ketika kita mengeluh : “eee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab :
“ …dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9).
~Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, tak sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab :
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).
~Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab :
“ Hanya dengan mengingatiKU hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).
~Ketika kita mengeluh : “ apa aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab :
” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).
~Ketika kita mengeluh : “ tak ada sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab:
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).
~Ketika kita mengeluh : “ aku sedih sangat…:'( ”.
اَللّهُ menjawab :
“ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita ” (QS 9 : 40).

