Pages

Monday, June 24, 2013

Allah Call Us 5 Times A Day

Bila kita sayang seseorang,
Kita mesti nak jumpa sangat jumpa dia,
Duduk berjam-jam dengan dia pun tak apa.
Dan lagi gembira tak terkira!
Bila tak jumpa rasa gelisah dan gundah gulana pula.
Rasa macam nak jumpa hari-hari saja.
Itupun siap buat plan pertemuan lagi.

Tapi...
Allah aturkan pertemuan 5 kali sehari,
Allah panggil kita untuk menunaikan kewajipan,
Allah panggil kita untuk menuju kejayaan,
Allah rindukan hambaNya,
Allah sanggup dengar bermacam-macam permintaan dan luahan kita,
Nampak sangat Allah sayang kat kita lebih tinggi daripada kita sayang makhlukNya atau makhlukNya sayang kita.

Hebatkan Allah!
Allah suka bila kita ulang berdoa kepadaNya.
Malah lagi suka bila kita ulang berdoa kat Dia.

Bagaimana dengan kita?
Kadang-kadang yang 5 pun tak pass,
Kekadang skip, terlupa, terleka...
Bagaimana kalau tiba-tiba Allah tak sayang kita? Allah tarik semua nikmat yang kita dikurniakan? Apa jaminan kita untuk ke akhirat kelak?

Allahurabbi... :'(

Sunday, June 16, 2013

Selamat Tinggal Muezza

Aku kalah dengan perasaan aku sekali lagi.
Cepat sahaja rindu bertamu.
Laju sahaja airmata ini mengalir.
Setiap momen indah berlegar-legar di minda.
Ya,
Aku tidak harus terus menangis.
Aku perlu merelakan sahaja pergi.
Aku perlu redha dengan segalanya.
Setiap isi di dalam dunia ini hanya pinjaman sementara Allah berikan.
Ini baru kucing.
Entah bagaimana akan ku hadapi jika orang ku sayang pula dijemput Illahi.

Ya Allah!
Kuatkan dan tabahkan hati hambaMu.
La tahzan... Innallaha ma'ana.

Wednesday, June 12, 2013

Jangan Lupa Subuh Kita!

Dulu masa zaman duk asrama & universiti, mama selalu pesan berulang kali sebelum nak pergi kelas, take your breakfast first. Baru ada tenaga. Orang dulu pesan, "breakfast like king".

Ayah pula pesan, makan memang laa kena jaga tapi rohani jangan lupa. Rohani pun nak breakfast juga. Breakfast dengan solat Subuh. Sebab solat subuh laa tanda kita ingat pada Allah. Memulakan hari dengan mengingati Allah & berterima kasih padaNya.

#jadi, sila jangan buat lupa-lupa dan malas-malas solat Subuh. Peringatan diri.#

Tuesday, June 4, 2013

Allah Maha Menghakimi

Jangan sesekali panggil orang lain sebagai munafiq (hipokrit) walaupun ada benarnya. Kerana kamu tidak ada hak untuk mengatakan, menghakimi & menuding jari terhadapnya. kita tak layak nak hakimi orang lain sebab kita pun bukan sempurna. Yang layak menghakimi orang lain cuma Allah SWT saja. DIA lah sebenar-benar HAKIM kita. Sama ada ke neraka atau ke syurga. Kerja hakim menghakimi itu kerja tuhan, ALLAH SWT! Renungkan dan reflect diri kita semula. Kenali diri sendiri, adakah kita sudah cukup layak untuk dihantar ke Syurga atau tidak? Tepuk dada, tanya iman…

Cemburukan Kebaikan

Melihat seseorang yang selalu sahaja melakukan kebaikan, adakalanya terbit suatu perasaan halus dalam hati. Jangan tipu diri. Sekurang-kurangnya pasti kita akan berbisik dalam hati, “Untungnya kalau aku jadi macam dia”. Terfikir dari mana mereka mendapat kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan perkara-perkara kebaikan itu.

Oleh itu, kita kena tanamkan perasaan ini. Perasaan CEMBURU yang sangat-sangat.

Kita manusia hina yang sering sahaja melakukan dosa. Pasti kita akan rasa cemburu amat bila melihat mereka yang lebih berilmu, cemburu kepada mereka yang gigih mencari cara dan jalan untuk lebih mendekati ALLAh Ta’ala, cemburu kepada mereka yang mampu melawan arus melaksanakan sunnah Nabi, cemburu mereka yang pernah jatuh tapi akhirnya beristiqamah dalam jihadnya.

Cemburu begini cemburu positif. Cemburu yang tidak mendatangkan fitnah tapi menambah rasa cinta. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah s.w.t. :)

Tuesday, March 26, 2013

Pagi Indah!

Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat,
Renung saja pada diri kita yang sering lalai mengingati Allah,
Namun kita masih dikurniakan udara untuk terus bernafas tanpa dikurangkan sedikit pun,
Kita masih dikurniakan rezeki tanpa pernah putus,
Kita masih disambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi pelbagai nikmat tanpa sedikit pun berkira-kira,
Allah menguji tanda kasihnya pada kita.
Baiknya Allah, Besarnya Allah
Kerdilnya kita, hinanya kita.

Sunday, March 24, 2013

Langit Biru

Aku memandang tenang ke langit. Langit biru yang sentiasa memberi lambaian, menenangkan jiwa-jiwa di dunia dengan kanvas yang dinukil oleh pelukis yang Maha Bijaksana. Awan berarak dengan lembutnya. Burung-burung yang biasa terbang dekat dengan permukaan langit itu sahaja yang tahu berzikir selalu dan juga manusia yang tinggal di atas bumi yang selalu rindu kepada Tuhannya.



Daisypath Friendship tickers